top of page
Bulat air (3).jpg

Tenaga Hijau

This is a Paragraph. Click on "Edit Text" or double click on the text box to start editing the content and make sure to add any relevant details or information that you want to share with your visitors.

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau? Tenaga hijau ialah sumber tenaga yang diperoleh daripada alam sekitar secara semula jadi seperti tenaga solar, tenaga angin, tenaga ombak dan lain-lain lagi.

Mari kita lihat apakah kepentingan tenaga hijau ini kepada alam sekitar.
1. Mengurangkan Pembebasan Gas Berbahaya
Gas daripada industri yang menghasilkan tenaga untuk kegunaan orang ramai sangat berbahaya untuk alam sekitar. Contoh gas yang dibebaskan ialah karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur dioksida dan banyak lagi. Apakah kesan kepada kepada alam sekitar hasil daripada pembebasan gas-gas tadi?

Gas seperti sulfur dioksioda menyebabkan fenomena hujan asid yang sangat berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik sekali gus mengganggu ekosistem sedia ada. Manakala pembebasan gas karbon monoksida menyebabkan gangguan pernafasan untuk jangka masa yang lama. Jadi, pengguanaan tenaga hijau sebenarnya dapat mengurangkan pembebasan gas-gas seperti tadi ke atmosfera bumi.

 
2. Meningkatkan Tahap Kesihatan
Tenaga hijau mengurangkan pembebasan bahan kimia yang berbahaya kepada alam sekitar sekali gus mengurangkan pendedahan manusia kepada bahan kimia ini. Sebagai contoh, dalam industri pembakaran arang batu untuk menghasilkan tenaga, banyak gas yang dihasilkan dan jelaga pula akan banyak di udara.

Situasi ini boleh dilihat di kawasan-kawasan perindustrian dan kilang-kilang seperti di negara Vietnam dan China, keadaan udara di sana seolah-olah berjerebu sepanjang masa disebabkan oleh pembebasan asap dan jelaga daripada industri-industri yang bukan hijau. Dengan penggunaan tenaga hijau, situasi ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat mengurangkan tahap risiko masalah kesihatan dalam kalangan penduduk di sekitarnya.

3. Harga Tenaga Yang Stabil
Penggunaan tenaga hijau dapat menjamin harga tenaga yang stabil untuk jangka masa yang lama. Berbanding dengan tenaga konvensional, tenaga hijau mempunyai ciri-ciri yang mampan dari segi penyelenggaraan dan juga kos operasi. Dalam penggunaan tenaga konvensional, kos pembangunan dan penyelenggaraan adalah tinggi dan telah menyebabkan harga tenaga yang dibayar oleh pengguna juga adalah tinggi.


 
Berbeza daripada tenaga hijau, kos pembangunan adalah juga tinggi tetapi kos penyelenggaraannya adalah lagi murah. Hal ini akan menyebabkan harga tenaga yang dibayar oleh pengguna adalah lebih rendah daripada tenaga konvensional.

KesimpulanJusteru, penggunaan tenaga hijau banyak memberikan kelebihan kepada manusia dan alam sekitar berbanding dengan tenaga bukan hijau. Inisiatif kerajaan dalam pembangunan tenaga hijau adalah tepat untuk menjamin penggunaan tenaga yang lestari untuk jangka masa panjang.

 
Heading 5
bottom of page